Remaja Thai maut terkena kejutan elektrik ketika mengecas telefon bijak
Seorang remaja perempuan maut akibat kejutan elektrik apabila kabel koyak digunakan untuk mengecas telefon menyentuh kaki katilnya yang diperbuat daripada besi.
Gambar hiasan (Gambar: Mediacorp)
CHAIYAPHUM, THAILAND: Seorang remaja perempuan maut akibat kejutan elektrik apabila kabel koyak digunakan untuk mengecas telefon menyentuh kaki katilnya yang diperbuat daripada besi.
Nong Ying, 17 tahun sedang menggunakan peranti elektronik itu ketika ia sedang dicas, menggunakan kabel tersebut yang dibalut dengan pelekat kerana pembalutnya sudah terkoyak.
Kabel berkenaan dipercayai menyentuh kaki katil mangsa dan mengakibatkan kejutan elektrik, yang meragut nyawa beliau di kediamannya di Chaiyaphum, timur laut Thailand, Jumaat lalu.
Ibu mangsa, Boonpeng Tuponchai, 47 mendapati mangsa masih terbaring di atas katil sebaik pulang ke rumah.
“Saya fikir anak saya sedang tidur sebelum cuba mengejut beliau dan mengalami sedikit kejutan elektrik apabila menyentuh tubuhnya,” katanya.
Cik Boonpeng bergegas menutup suis yang digunakan namun mangsa tidak dapat diselamatkan lagi.
Pemeriksaan mendapati Nong turut mengalami kesan melecur pada tangan kiri, dipercayai berpunca daripada kejutan elektrik itu.
Pegawai penyiasat, Kapten Khanti Peansoongnern berkata, kejadian itu berpunca daripada kabel lama tersebut.
Menurutya, arus elektrik yang dialirkan kabel itu membunuh remaja berkenaan apabila ia menyentuh kaki katil yang digunakan mangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.