Skip to main content

Dunia

Remaja Palestin ditembak mati tentera Israel di Tebing Barat

Seorang penduduk Palestin maut ditembak pada lewat Khamis malam (20 Dis) oleh tentera Israel di utara pekan al-Beereh yang terletak di Tebing Barat, berdekatan Ramallah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja Palestin ditembak mati tentera Israel di Tebing Barat

Gambar: MOHAMMED ABED / AFP

Diterbitkan : 21 Dec 2018 02:03PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 02:06PM

RAMALLAH: Seorang penduduk Palestin maut ditembak pada lewat Khamis malam (20 Dis) oleh tentera Israel di utara pekan al-Beereh yang terletak di Tebing Barat, berdekatan Ramallah.

Demikian menurut laporan agensi berita China Xinhua yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Abbassi, 21 tahun, ditembak mati berhampiran petempatan Israel iaitu Beit Al yang terletak di utara Ramallah di Tebing Barat.

Kenyataan itu menyebut Abbassi sebagai seorang penduduk di kawasan kejiranan Ras el-Amoud yang terletak di timur Baitulmakdis.

Bagaimanapun, tentera Israel mendakwa dalam satu kenyataan bahawa sebuah kereta sudah menyerbu ke arah sebuah pusat pemeriksaan tentera Israel di Ramallah, dan anggota yang berada di kawasan itu bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan tersebut menyebabkan pemandunya terbunuh.

Sebelum itu pada Khamis, media Israel melaporkan bahawa sekumpulan militan yang tidak dikenali melepaskan tembakan berhampiran petempatan Ofra di timur Ramallah dan menyatakan bahawa tiada kecederaan dilaporkan.

Para saksi yang terdiri daripada penduduk Palestin berkata selepas serangan itu, tentera Israel sudah bertindak menutup semua jalan yang menghala ke pekan dan kampung yang terletak di timur Ramallah serta menghalang lalu lintas daripada memasuki kawasan tersebut.

Sejak awal Disember, tentera Israel sudah menembak dan membunuh tujuh penduduk Palestin di Tebing Barat serta timur Baitulmakdis. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita