Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja mengaku salah baling bata, botol kaca ke pekarangan Istana

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja mengaku salah baling bata, botol kaca ke pekarangan Istana

Tangkapan skrin daripada Google Street View.


SINGAPURA: Gara-gara bosan, seorang remaja berusia 17 tahun membaling sebuah bata ke pekarangan Istana.

Dia diberkas menyusuli insiden tersebut, namun ini hanya membuat kemarahan remaja tersebut semakin meluap-luap. Dia kembali ke pekarangan Istana pada minggu seterusnya dan membaling botol kaca pula ke pekarangan tersebut.

Remaja itu mengaku bersalah pada Jumaat (30 Jun) atas satu tuduhan bertindak terburu-buru untuk membahayakan keselamatan orang lain, dengan satu tuduhan serupa juga diambil kira.

Di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, namanya tidak boleh didedahkan.

Dia ditahan reman dan dijadual untuk dijatuhi hukuman pada 18 Julai.

Hakim Daerah Kessler Soh Boon Leng mengarahkan laporan-laporan dibuat bagi menilai sama ada dia sesuai untuk diletakkan di bawah percubaan dan arahan rawatan wajib, iaitu satu pilihan hukuman yang ditawarkan bagi pesalah yang mengalami keadaan mental yang menyumbang kepada kesalahan mereka.

Tempoh percubaan pula biasanya ditawarkan kepada pesalah kali pertama dalam lingkungan usia 16 hingga 21 tahun. Ini tidak menyebabkan tuduhan jenayah mereka direkodkan dan membenarkan pesalah muda untuk meneruskan pengajian atau pekerjaan mereka sementara menjalani hukuman.


Dia ditahan reman sejak 27 Mei.

Sesiapa yang disabit kesalahan bertindak terburu-buru untuk membahayakan orang lain boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga S$2,500, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan