Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja maut tertimbus tanah ketika mendulang emas

Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia akibat tertimbus tanah ketika sedang mendulang emas di sebatang anak sungai di Ladang Fokus Bonanza Biak A di Dabong, Kuala Krai Khamis (18 Apr) pada sebelah petang.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja maut tertimbus tanah ketika mendulang emas

(Gambar: Polis Diraja Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 11:44AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 11:50AM

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia akibat tertimbus tanah ketika sedang mendulang emas di sebatang anak sungai di Ladang Fokus Bonanza Biak A di Dabong, Kuala Krai Khamis (18 Apr) pada sebelah petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning berkata remaja itu dikenali sebagai Mohamad Amiraasyraf Azman yang berasal dari Kampung Biak A, Dabong, Kuala Krai.

"Pihak kami menerima panggilan daripada penduduk pada jam 5.15 petang tadi yang mendakwa seorang remaja terjatuh dan tertimbus ke dalam anak sungai ketika sedang mendulang emas di kawasan itu.

"Siasatan awal mendapati remaja yang juga buruh itu pergi mendulang emas di kawasan berkenaan bersama bapanya sebelum berlaku satu kejadian tanah runtuh, yang menyebabkan Mohamad Amraasyraf tertimbus," katanya ketika dihubungi, semalam.

Supt Abdullah berkata bapa Amaraasyraf kemudiannya mendapatkan bantuan rakan-rakan beliau untuk mencari anaknya, dan remaja itu dijumpai pada kira-kira jam 6.40 petang semalam, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pemeriksaan awal di Klinik Kesihatan Dabong mendapati remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan