Remaja maut terkena renjatan elektrik dalam bas ekspres di Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas telefon bimbit di soket dalam sebuah bas ekspres di Penang Sentral, Pulau Pinang pada Jumaat (1 Nov).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata mangsa Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18 tahun, ditemukan maut dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang.
Hasil pemeriksaan awal polis terhadap tubuh mangsa mendapati terdapat kesan melecur di jari sebelah kiri, yang disyaki berpunca daripada renjatan elektrik.
Pemeriksaan turut mendapati penghujung kabel yang digunakan cair, dan telefon bimbit mangsa berada dalam keadaan panas, katanya.
Kementerian Pengangkutan Malaysia menubuhkan pasukan petugas khas dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden tersebut.
Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berkata, pasukan petugas khas itu terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Menurut Encik Loke, beliau sudah mengarahkan APAD untuk segera menggantung operasi bas yang terlibat bagi membolehkan siasatan lanjut oleh JPJ.
“Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden renjatan elektrik yang meragut nyawa seorang remaja ketika beliau sedang mengecas telefon dalam bas ekspres yang dinaikinya.
“(Pasukan petugas khas) diaktifkan untuk menyiasat punca insiden tersebut bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan keselamatan penumpang sentiasa terjamin. Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad (3 Nov).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.