Remaja maut akibat disengat tebuan
Seorang pelajar darjah enam meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan dalam insiden yang berlaku di Kampung Tanjung Genting, Mersing pada Isnin (24 Sep).
Gambar hiasan.
MERSING: Seorang pelajar darjah enam meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan dalam insiden yang berlaku di Kampung Tanjung Genting, Mersing pada Isnin (24 Sep).
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata Mohd Faiz Hatim Zaidi, 12 tahun, dipercayai diserang tebuan bersama empat rakannya dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.15 petang.
"Dipercayai kumpulan kanak-kanak tersebut telah membaling pokok kelapa dengan kayu untuk mendapatkan buahnya apabila kayu yang dibuat balingan telah terkena sarang tebuan yang berada berdekatan pokok kelapa tersebut.
"Akibatnya, tebuan tersebut telah menyerang kumpulan kanak kanak tersebut yang kesemuanya pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Sawah Datuk, dekat sini," kata beliau.
Encik Nuing berkata Mohd Faiz disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Mersing manakala seorang lagi rakannya masih berada di hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, tiga lagi mangsa selamat.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.