Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja lelaki maut tertusuk pisau dibaling kakak angkara rebut tempat duduk

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja lelaki maut tertusuk pisau dibaling kakak angkara rebut tempat duduk

Pisau yang dipegang seorang lelaki. (Gambar: iStock)

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut, dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya akibat pergaduhan dalam insiden di Ulu Pulai, Ulu Choh, dekat Iskandar Puteri pada petang Rabu (19 Okt). 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu, yang turut melibatkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, pada pukul 2.15 petang.

Beliau berkata berebut tempat duduk di dalam kereta dipercayai menjadi punca pergaduhan dua beradik itu.

“Ibu mereka mengatakan pada awalnya, mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah dan kakak mangsa mengaku telah membaling pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu malam (19 Okt). 

Encik Rahmat berkata mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah pada Khamis (20 Okt). 

Beliau menambah remaja perempuan itu sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan