Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja kurang upaya mati lemas ketika memancing di sungai

Bapa kepada remaja yang lemas di Sungai Telor, pada Khamis (19 Dis) tidak menyangka mengejutkan anaknya untuk solat Subuh merupakan saat terakhir mereka bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja kurang upaya mati lemas ketika memancing di sungai

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Dec 2019 07:47AM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 07:50AM

KOTA TINGGI: Bapa kepada remaja yang lemas di Sungai Telor, pada Khamis (19 Dis) tidak menyangka mengejutkan anaknya untuk solat Subuh merupakan saat terakhir mereka bersama.

Encik Mohd Nasir Abd Hamid, 57 tahun, bapa remaja orang kurang upaya, Muhammad Muizzuddin Mohd Nasir, 18 tahun, berkata arwah segera solat Subuh apabila dikejutkan.

"Saya ada juga berpesan dengan arwah dua hari lepas supaya tidak mandi manda di sungai kerana arus deras akibat musim hujan dan banjir," katanya ketika ditemui Bernama di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, semalam.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu syarikat sawit swasta itu redha dengan pemergian anaknya dan memaklumkan anak bongsu dari tujuh beradik itu merupakan seorang orang kurang upaya kategori hiperaktif dan bersekolah di Kelas Pendidikan Khas SK Taman Sri Saujana Kota Tinggi.

Ketika kejadian, beliau dan isteri Cik Norhayati Ahmad, 56 tahun, yang merupakan seorang guru Tabika KEMAS, tiada di rumah kerana bertugas.

Ketika kejadian pada pukul 11.26 pagi itu Muhammad Muizzuddin dan rakannya Muhammad Haikal Iskandar Halim, 13 tahun, sedang memancing di Sungai Telor dan mayat mangsa ditemui kira-kira 3.05 petang.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan