Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja Hong Kong, aktivis pertama dihadapkan ke mahkamah di bawah undang-undang keselamatan

Seorang aktivis remaja Hong Kong, dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (29 Okt) atas tuduhan pemisahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja Hong Kong, aktivis pertama dihadapkan ke mahkamah di bawah undang-undang keselamatan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Oct 2020 03:41PM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 03:44PM

HONG KONG: Seorang aktivis remaja Hong Kong, dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (29 Okt) atas tuduhan pemisahan.

Tony Chung, 19 tahun, menjadi aktivis politik awam pertama didakwa di bawah undang-undang baru keselamatan negara yang dilaksanakan Beijing di bandar tersebut.

Chung menghadapi tuduhan pemisahan, pengubahan wang haram dan bersubahat untuk menerbitkan kandungan menghasut, dua hari selepas ditangkap di sebuah kedai kopi yang terletak bertentangan konsulat Amerika Syarikat di Hong Kong.

Menurut Student Localism, iaitu sebuah kumpulan yang memperjuangkan kemerdekaan Hong Kong daripada China, selain Chung dua lagi bekas anggota kumpulan itu juga ditahan pada Selasa.

Kumpulan tersebut membubarkan rangkaiannya di Hong Kong sejurus sebelum Beijing melaksanakan undang-undang keselamatan baru tersebut pada akhir Jun lalu, namun meneruskan gerakan antarabangsa.

Undang-undang keselamatan negara itu meliputi sejumlah jenayah baru, termasuk menyuarakan pandangan politik seperti memperjuangkan kemerdekaan atau kuasa autonomi yang lebih besar untuk Hong Kong.

Polis kemudian mengesahkan menahan tiga anggota Student Localism kerana didakwa "menghasut pemisahan". Ketiga-tiganya kali pertama ditahan pada lewat Julai namun dibebaskan dengan ikat jamin.

Chung sekali lagi ditahan pada pagi kelmarin, beberapa meter dari konsulat Amerika.

Sebuah kumpulan bergelar Friends of Hong Kong memaklumkan kepada AFP bahawa mereka melihat empat lelaki masuk ke dalam kedai kopi bertentangan dengan konsulat tersebut pada 8.15 pagi waktu tempatan dan menahan Chung.
Remaja itu ditahan sehingga dibawa ke mahkamah, pagi tadi, dan tidak dibenarkan ikat jamin. 

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan