Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja diselamatkan dari Gua Tham Luang meninggal dunia di UK

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja diselamatkan dari Gua Tham Luang meninggal dunia di UK

(Gambar: Supatpong Methigo/Facebook)

UNITED KINGDOM: Duangpetch Promthep, salah seorang kanak-kanak yang diselamatkan dari Gua Tham Luang di daerah Chiang Rai, Thailand pada Jun 2018 lalu, meninggal dunia di United Kingdom.

Punca kematiannya bagaimanapun masih belum disahkan.

Duangpetch dilaporkan ditemui dalam keadaan tidak sedar di dormitori asrama pada Ahad (12 Feb) sebelum dibawa ke hospital, lapor Astro Awani.

Bekas kapten pasukan bola sepak Wild Boars Thailand itu berada di United Kingdom sejak kira-kira enam bulan lalu selepas mendapat biasiswa untuk menuntut di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House, Leicestershire.

Kematian Duangpetch hanya diketahui selepas ibunya berkongsi berita itu di media sosial.

Pada Julai 2018, Duangpetch bersama 11 rakan sepasukan serta jurulatih mereka diselamatkan selepas terperangkap di dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai, utara Thailand selama 18 hari, menurut laporan Astro Awani.

Duangpetch yang berusia 12 tahun dilaporkan menyambut hari kelahirannya yang ke-13 ketika dia dan rakan-rakannya terperangkap di Gua Tham Luang.

Rakan-rakannya yang berusia antara 11 hingga 16 tahun dan jurulatih mereka Ekkapthon Kanthawong yang berusia 25 tahun ketika itu.

Kesemua 12 mangsa berjaya diselamatkan, dua anggota penyelamat terkorban dalam insiden tersebut.
Sumber : Agensi berita/AE/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan