Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja diberkas bunuh ibu sendiri dengan parang

Seorang remaja di timur China ditahan polis pada Isnin (18 Mac) selepas dia membunuh ibunya ekoran pergaduhan berhubung anjing peliharaannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja diberkas bunuh ibu sendiri dengan parang

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Mar 2019 08:56AM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 08:58AM

HONG KONG: Seorang remaja di timur China ditahan polis pada Isnin (18 Mac) selepas dia membunuh ibunya ekoran pergaduhan berhubung anjing peliharaannya.

Polis mendakwa bahawa Shao Fuming, 13 tahun, menetak ibunya Yang Yan, 37 tahun, sehingga mati dengan sebilah parang pada Sabtu (16 Mac) malam di rumah mereka di pekan Jianhu, wilayah Jiangsu, selepas satu perselisihan faham.

Para pegawai menahan Fuming pada Isnin selepas mayat Cik Yang ditemui, menurut laman Weibo milik pihak polis.

Seorang jiran berkata pembunuhan berlaku selepas Cik Yang membunuh anjing peliharaan Fuming atas sebab ingin mendisiplinkan anaknya itu, menurut laporan Red Star News pada 20 Mac.

"Ibunya berasa dia bermain dengan haiwan peliharaannya sepanjang hari, lalu beliau mencampak haiwan itu sehingga mati di hadapan anaknya," menurut jiran itu.

Fuming ditahan polis di sebuah restoran 24 jam selepas dia menghabiskan masa lebih sehari di sana, menurut laporan itu.

Cik Yang membesarkan remaja itu sendirian kerana suaminya seorang pekerja asing yang menghabiskan kebanyakan masanya berjauhan.

Menurut undang-undang China, mereka yang berusia antara 14 hingga 16 tahun sudah boleh dipertanggungjawabkan atas kesalahan seperti membunuh, merompak dan merogol.

Sumber : Today/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan