Remaja 13 tahun diberkas kerana tikam ibu hingga mati
Seorang remaja di bahagian timur China diberkas oleh polis pada Isnin (18 Mac) kerana menikam ibunya hingga mati gara-gara anjing peliharaannya.
Gambar hiasan.
CHINA: Seorang remaja di bahagian timur China diberkas oleh polis pada Isnin (18 Mac) kerana menikam ibunya hingga mati gara-gara anjing peliharaannya, lapor South China Morning Post.
Menurut polis, Shao Fuming, 13 tahun, menetak Cik Yang Yan, 37 tahun hingga mati dengan pisau mata lebar pada sebelah malam hari Sabtu di rumah mereka di Jianhu, wilayah Jiangsu.
Para pegawai memberkas Fuming pada Isnin setelah mayat Cik Yang dijumpai, menurut polis melalui laman sembang Weibo.
Menurut seorang jiran, Fuming membunuh Cik Yang setelah ibunya membunuh anjing Fuming dalam usaha untuk mendisiplin anaknya itu, lapor Red Star News pada Rabu.
"Ibunya menghumban anjing peliharaan anaknya kerana dia asyik bermain dengan anjingnya sepanjang hari," menurut jiran tersebut.
Fuming ditahan oleh polis di sebuah restoran 24 jam setelah menghabiskan lebih sehari di sana, menurut laporan tersebut.
Menurut South China Morning Post, di bawah undang-undang China, hanya mereka yang berusia 14 tahun hingga 16 tahun boleh didakwa atas kesalahan-kesalahan seperti membunuh, merompak dan merogol.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.