Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Relawan Portrait from the Heart bantu keluarga pesakit abadikan kenangan dengan orang tersayang

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Merakam detik-detik terakhir bersama orang tersayang sebelum mereka berpulang.

Sekumpulan jurugambar sukarelawan mendapati lebih ramai pesakit yang menderita penyakit membawa maut kini berminat untuk mengambil gambar keluarga.

Ini agar mereka dapat meninggalkan kenangan buat anak-anak mereka.

Buat julung-julung kalinya, rumah jagaan Assisi Hospice membuka pintunya kepada pasukan sukarelawan dari Portrait from the Heart untuk memenuhi hasrat para pesakit.

Pasukan dari Portrait from the Heart sudah merakamkan kenangan manis bagi ratusan pesakit dan keluarga mereka sejak ia bermula hampir 10 tahun lalu.

Ia kini bekerjasama dengan sekitar 10 rumah jagaan, badan amal dan kumpulan kesihatan.

"Potret keluarga adalah sesuatu yang ramai daripada kita ambil ringan. Kita fikir bahawa kita sentiasa boleh melakukannya pada hari lain. Namun semasa tempoh COVID-19, ramai daripada kita kehilangan orang tersayang dan kita tidak berpeluang mengambil potret keluarga," ujar Encik Lawrence Loh, ketua Potrait from the Heart.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan