Rekod kerjasama politik PAS berakhir dengan 'perceraian': Ketua Setiausaha PH
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
BATU PAHAT: Rekod kerjasama politik PAS menunjukkan ia akan berakhir dengan ‘perceraian’, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata perkembangan terbaharu berhubung kerjasama PAS dengan Bersatu bukan sesuatu yang luar biasa jika dilihat berdasarkan sejarah perjalanan politik parti berkenaan.
Encik Saifuddin Nasution berkata PAS pernah menjalin kerjasama dengan banyak pihak termasuk Semangat 46, PH, UMNO dan Bersatu, namun kesemua kerjasama itu akhirnya tidak berkekalan.
"Siapa saja yang bergabung dengan dia (PAS) berakhir dengan perceraian. Isunya talak satu atau talak dua atau talak tiga, itu saja,” katanya kepada wartawan selepas satu program di Batu Pahat pada Selasa (9 Jun).
Beliau berkata walaupun alasan yang sering diketengahkan PAS adalah penyatuan ummah, konsep itu tidak boleh ditafsirkan mengikut kehendak atau kepentingan pihak tertentu.
Encik Saifuddin Nasution berkata prinsip politik Islam yang sebenar adalah menegakkan keadilan, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran serta menyemai kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu, beliau menegaskan kekuatan PH tidak bergantung kepada perpecahan pihak lawan, sebaliknya ia dibina menerusi hubungan berasaskan kepercayaan dan rasa hormat antara parti komponennya.
"Kita tidak jadi kuat kerana lawan berpecah. Kita jadi kuat kerana kita bina kekuatan kita sendiri. Dalam PH, kekuatan itu dibina melalui usaha bersama serta prinsip saling percaya dan saling menghargai," katanya.
Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua pihak.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.