Reka bentuk masjid terlalu moden, tanpa kubah cetuskan perbalahan
Sebuah masjid di Iran mencetuskan perbalahan gara-gara reka bentuknya yang dikatakan terlalu moden dan tidak mempunyai ciri-ciri keislaman.

IRAN: Sebuah masjid di Iran mencetuskan perbalahan gara-gara reka bentuknya yang dikatakan terlalu moden dan tidak mempunyai ciri-ciri keislaman.
Tidak seperti masjid-masjid lain di sana, Masjid Vali-e-Asr ini tidak mempunyai kubah ataupun menara dan menampilkan reka bentuk yang bercorakkan ombak konkrit.
Menurut para juru binanya, reka bentuk itu mencerminkan kesederhanaan dalam agama Islam pada awal permulaannya.
Namun satu lelaman berita di sana menyatakan bangunan itu menyerupai sejenis topi yang dipakai golongan Yahudi atau 'kippah'.
Ada juga yang mendakwa reka bentuknya itu mengambil pendekatan atheistik.
Namun para juru binanya menegaskan sesebuah masjid itu boleh dibina dalam apa jua bentuk pun.
Bahkan masjid pertama yang pernah dibina semasa hayat Nabi Muhammad juga tidak mempunyai kubah mahupun menara.
Meskipun mendapat pelbagai tentangan terutamanya daripada golongan muslim tegar, bangunan seluas 25,000 meter persegi ini akhirnya siap dibina selepas sedekad dan menelan belanja AS$16 juta (S$20 juta).
Ia dijangka akan dibuka kepada orang awam dalam masa beberapa bulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.