Reaksi positif penyelarasan pemeriksaan di KLIA; pergerakan penumpang semakin lancar
Penyelarasan pemeriksaan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang bermula pada Khamis (1 Jan) menerima reaksi positif daripada pelawat, sekali gus melancarkan pergerakan di pintu masuk Malaysia.
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Penyelarasan pemeriksaan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang bermula pada Khamis (1 Jan) menerima reaksi positif daripada pelawat, sekali gus melancarkan pergerakan di pintu masuk Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Anis Rizana Mohd Zainudin berkata berdasarkan tinjauan beliau di KLIA Terminal 1 pada awal pagi Khamis (1 Jan), para pelawat serta kakitangan penerbangan berpuas hati dengan kelancaran pergerakan hasil inisiatif baharu yang dilaksanakan.
“Memang memudahkan penumpang. Ada juga kru penerbangan malam yang memberikan ‘thumbs up’ (isyarat bagus) kepada pegawai di lapangan.
“Alhamdulillah. Sasaran kita supaya pergerakan trafik di KLIA Terminal 1 lancar tercapai,” kata beliau kepada Bernama.
Cik Anis Rizana berkata kerja-kerja pengalihan mesin pengimbas JKDM yang tidak lagi digunakan di pintu pelepasan juga berjalan lancar tanpa menjejaskan pergerakan penumpang di KLIA Terminal 1.
Sebelum ini, media melaporkan pemeriksaan JKDM terhadap pelawat yang keluar dari Malaysia akan disatukan di pintu pelepasan KLIA Terminal 1 mulai 1 Jan.
Kementerian Pengangkutan Malaysia juga memaklumkan bahawa inisiatif baharu itu akan membolehkan para penumpang melalui aliran pergerakan yang lebih lancar sebelum menaiki pesawat, sekali gus mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di zon berlepas.
Pada Rabu (31 Dis), JKDM memaklumkan penambahbaikan proses pengimbasan dan pengesanan kontraban (barang terlarang) bagi penumpang antarabangsa di KLIA Terminal adalah sebahagian daripada usaha untuk mengoptimumkan aliran pergerakan trafik di lapangan terbang.
Menurut JKDM, sejajar dengan penyelarasan operasi yang sudah dipersetujui, proses pengimbasan keselamatan di pintu pelepasan Terminal 1 KLIA dilaksanakan oleh Bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC) Malaysia Airports mengikut fungsi dan piawai keselamatan penerbangan awam yang ditetapkan.
Menurut JKDM lagi, pendekatan itu memperkukuh kerjasama operasi antara kastam, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan AVSEC melalui kaedah pengimbasan berasaskan petunjuk risiko, risikan serta analisis trend semasa.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.