Skip to main content

Dunia

RCI Tabung Haji: SPRM reman 3 lagi orang berhubung penyelewengan bernilai RM450,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga lagi individu, termasuk seorang timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun, kerana disyaki bersubahat menyeleweng caj notis penalti (NOP) berjumlah kira-kira RM450,000 (S$141,062).

Anggaran Waktu Membaca:
RCI Tabung Haji: SPRM reman 3 lagi orang berhubung penyelewengan bernilai RM450,000

Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Malaysia, pada 3 Julai 2018. (Gambar: REUTERS/Stringer)

Diterbitkan : 05 Aug 2026 05:23PM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga lagi individu, termasuk seorang timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun, kerana disyaki bersubahat menyeleweng caj notis penalti (NOP) berjumlah kira-kira RM450,000 (S$141,062).

Perintah reman selama lima hari hingga 9 Ogos terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berumur lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Rabu (5 Ogos).

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pada pukul 6.00 petang pada Selasa.

"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2017 hingga 2019," menurut kenyataan tersebut.

Sumber SPRM memaklumkan tahanan reman itu susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita