RCI Tabung Haji: Seorang bekas Menteri Malaysia ditahan bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Menteri berhubung siasatan berkaitan kes melibatkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji, lapor Astro Awani.
Beberapa orang kenamaan telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyusuli pendedahan Laporan RCI TH. (Gambar fail: Bernama)
- SPRM menahan seorang bekas Menteri berusia lingkungan 60-an untuk siasatan berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.
- Penahanan berlaku di ibu pejabat SPRM Putrajaya sekitar 4.30 petang pada 1 September, melibatkan isu pajakan hotel di Arab Saudi.
- Bekas Menteri itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu bagi permohonan reman.
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, susulan pendedahan Laporan RCI TH yang turut menyaksikan beberapa kenamaan lain ditahan.
Penahanan dipercayai dilakukan kira-kira 4.30 petang Selasa (1 September) untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.
Bekas Menteri dalam lingkungan usia 60-an berkenaan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman pada Rabu, menurut laman TikTok SPRM, pada Selasa.
Beliau disiasat mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Awal dari itu, beberapa orang kenamaan turut ditahan SPRM menyusuli pendedahan Laporan RCI TH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.