Skip to main content

Dunia

Rayuan kes rasuah projek hibrid solar Rosmah dijadualkan semula 11 Julai

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan Rosmah Mansor di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta (S$295 juta) bagi kesalahan rasuah berhubung projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dijadualkan semula pada 11 Julai.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron menetapkan empat hari, dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu semasa pengurusan kes pada Jumaat (6 Jan).

Hadir semasa prosiding itu termasuk Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan, mewakili pihak pendakwaan, manakala Rosmah diwakili peguam Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn, yang mengesahkan tarikh tersebut kepada media, berkata tarikh pendengaran rayuan pada 22 dan 23 Jun, yang sebelum ini ditetapkan pada 19 Disember lalu sudah dilapangkan.

Beliau berkata pihak-pihak dalam rayuan diarah memfailkan hujahan masing-masing pada 9 Jun dan penghujahan balas pada 23 Jun.

Pengurusan kes akhir bagi rayuan ditetapkan pada 4 Julai, katanya.

Pada 1 September tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan mendapati Rosmah bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan RM1.25 bilion (S$400 juta) berkaitan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah, 71 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang dijalankan serentak bermakna dia hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun. Dia juga didenda RM970 juta (S$295 juta).
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita