Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raya 'mengejut' di M'sia namun masih disambut dengan meriah

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pengumuman sambutan Aidilfitri pada Isnin (2 Mei), ternyata mengejutkan banyak pihak disebabkan ramai tidak menjangkakan situasi tersebut.

Menyusuli situasi tersebut, ramai yang menjadi kelam kabut kerana belum sempat membuat persiapan raya termasuk membeli barangan mentah, mengemas rumah, dan juga pulang ke kampung halaman, lapor Astro AWANI.

Meskipun begitu, sambutan hari Raya masih disambut meriah malah tanda pagar #SelamatHariRaya dan #RayaMengejut menjadi tular di lelaman Twitter walaupun persiapan akhir dibuat secara mengejut malam tadi (1 Mei).

Sebelum ini, sambutan Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun ini dijangkakan pada 3 Mei bersamaan hari Selasa, lapor Astro AWANI.

Bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Daniel Syed Ahmad menerusi siaran langsung khas semalam (1 Mei), mengumumkan tarikh hari Raya adalah pada 2 Mei, iaitu Isnin, seperti dinukil daripada Astro Awani.
 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan