Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rawat barah paru-paru guna ‘lampu biru ajaib’, netizen gesa Kementerian Kesihatan M'sia segera siasat

Anggaran Waktu Membaca:
Rawat barah paru-paru guna ‘lampu biru ajaib’, netizen gesa Kementerian Kesihatan M'sia segera siasat

Gambar: Twitter/@JatIkhwan

Diterbitkan : 22 Jun 2022 08:41PM Dikemas Kini : 22 Jun 2022 08:41PM
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini tular sebuah video rawatan alternatif bagi merawat pesakit barah sehingga mendapat perhatian warganet.

Menerusi video yang dimuat naik ke platform Twitter, dilihat seorang lelaki sedang melakukan pemeriksaan ke atas seorang pesakit barah paru-paru menggunakan sebuah alat khas yang mengeluarkan lampu berwarna biru.

Difahamkan alat berkenaan kononnya dapat menyembuhkan penyakit barah paru-paru warga emas di dalam video tersebut setelah melakukan sebanyak tiga kali rawatan, lapor ohmymedia.

Keberkesanan rawatan itu dapat dilihat apabila pesakit yang sebelum ini terlantar di atas katil berjaya bangun dan duduk di kerusi seperti biasa.

Perkongsian video tersebut berjaya meraih hampir 200,000 tontonan di Twitter dan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Ramai meluahkan kerisauan melihat orang awam lain ‘ditipu’ oleh individu tidak bertanggungjawab itu, lapor ohmymedia.

Menurut seorang pengguna Twitter, @JatIkhwan, beliau berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghantar pasukan penguat kuasa bagi melakukan penyiasatan terhadap individu tersebut dan lain-lain yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit barah.
Apa yang mengejutkan Ikhwan, individu berkenaan siap mempunyai majlis pengijazahan Tenaga Dalam Illahi seperti yang ditulis di laman web mereka.

Tidak cukup dengan itu, laman web tersebut turut dipenuhi dengan terma seperti bio magnetik, kuasa kuantum dan sebagainya lagi.

Malah, individu tersebut dilihat mempunyai penyokong dan ada yang meminta Ikhwan untuk tidak masuk campur kerana ia adalah pilihan masing-masing, selain terbukti ia berkesan buat mereka, lapor ohmymedia.

Bagaimanapun, ketika ini, masih tidak dapat dipastikan akan keberkesanaan rawatan alternatif tersebut dan di mana kejadian berkenaan berlaku.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa