Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan warga China, Pakistan, Jepun selamat tiba tanah air mereka dari Sudan

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan warga China, Pakistan, Jepun selamat tiba tanah air mereka dari Sudan

Gambar: Amer HILABI / AFP

Diterbitkan : 29 Apr 2023 09:00PM Dikemas Kini : 29 Apr 2023 09:27PM
ISLAMABAD: Pakistan, China dan Jepun memindahkan kira-kira 750 rakyat masing-masing dari Sudan, dedah seorang pegawai pada Sabtu (29 Apr).

Penerbangan sewa khas pertama yang membawa 343 warga China sudahpun mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, lapor agensi berita Anadolu yang memetik Global Times.

Pada Khamis (25 Apr), Kementerian Luar China memaklumkan bahawa negara itu telah memindahkan lebih 1,300 rakyatnya dari Sudan.

"Ada yang meninggalkan Sudan dengan kapal dan ada yang masih dalam perjalanan keluar dari negara itu.

"Masih ada sebilangan kecil warga China di luar ibu negara Sudan, Khartoum," menurut jurucakap Kementerian Luar Mao Ning dalam satu taklimat media.

Sementara itu, 357 daripada kira-kira 1,500 warga Pakistan yang terkandas di Sudan telah dipindahkan dan tiba di tanah air mereka.

"Kumpulan ketiga 97 warga Pakistan dari Pelabuhan Sudan tiba di Karachi melalui (bandar pelabuhan Arab Saudi) Jeddah menaiki pesawat PAF C-130," menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelum ini, 260 warga Pakistan selamat tiba dari Jeddah manakala lebih 700 yang lain telahpun dipindahkan dari Sudan ke Arab Saudi.

Menurut media Jepun, 48 rakyat Jepun tiba bersama ahli keluarga mereka di Tokyo melalui Djibouti.

Ribuan melarikan diri dari Sudan sejak Isnin (24 Apr)apabila pertempuran antara pihak tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) semakin memuncak.

Menurut PBB, pertempuran yang meletus pada 15 April lalu menyebabkan lebih 450 orang terbunuh dan lebih 4,000 yang lain cedera.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan