Ratusan tunjuk perasaan, sifatkan sumbangan bagi kekang pemanasan global sebagai 'greenwashing'
Sedang pemerintah dan para pelabur besar mengumumkan rancangan baru untuk menyumbang beberapa trilion dolar untuk mengekang pemanasan bumi, ratusan penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan raya Glasgow, Scotland.
Gambar: AP
GLASGOW: Sedang pemerintah dan para pelabur besar mengumumkan rancangan baru untuk menyumbang beberapa trilion dolar untuk mengekang pemanasan bumi, ratusan penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan raya Glasgow, Scotland.
Mereka mengecam apa yang disifatkan sebagai 'greenwashing', iaitu memberikan gambaran seolah-olah produk mereka mesra alam sekitar justeru menjejas usaha untuk melindungi alam sekitar, oleh beberapa buah syarikat.
Ia merujuk kepada tindakan sesebuah institusi mendakwa sesuatu yang mesra alam.
Tetapi hakikatnya ia bukanlah seperti yang didakwa.
Malah, langkah itu didakwa semakin berleluasa sedang syarikat-syarikat cuba menarik para pelabur dan pengguna yang lebih mesra alam sekitar.
Maka itu, para pencinta alam menyeru agar motif sebenar para pelabur diselidiki terlebih dahulu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.