Skip to main content

Dunia

Ratusan sertai himpunan Selamatkan Malaysia selepas tuduhan rasuah terhadap Ahmad Zahid digugurkan

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan sertai himpunan Selamatkan Malaysia selepas tuduhan rasuah terhadap Ahmad Zahid digugurkan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Sep 2023 01:43PM Dikemas Kini : 17 Sep 2023 01:44PM
KUALA LUMPUR:Beratus-ratus orang mengadakan perhimpunan antikerajaan pada Sabtu (16 Sep) di Kuala Lumpur, menuduh Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim membantu sekutu utamanya mengelakkan diri daripada pendakwaan sebagai tukar ganti untuk mendapatkan sokongan politik.

Pada 4 September lalu, pihak pendakwa raya secara mengejut telah menggugurkan 47 tuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Pendakwa raya secara mengejut menggugurkan 47 tuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 4 Sep, lewat dalam proses perbicaraannya.

Mahkamah meluluskan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan Encik Ahmad Zahid, yang bermakna beliau boleh didakwa semula.

Seramai 16 pemimpin pembangkang berucap di perhimpunan itu semalam dan orang ramai bersurai dengan aman pada sekitar jam 3.30 petang. Mereka kerajaan pimpinan Encik Anwar campur tangan dalam kes itu untuk melepaskan Encik Ahmad Zahid sebagai balasan bagi mendapatkan sokongan politik.

Beberapa penunjuk perasaan dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu memakai baju putih yang tertera perkataan "Lawan Rasuah". Mereka berarak ke pusat bandar sambil melaungkan, “Dakwa Zahid,” “Reformasi sudah mati” dan “Tumbangkan Anwar”.

Pendakwa raya berkata kes Encik Ahmad Zahid dihentikan buat sementara waktu kerana siasatan lanjut diperlukan.

Encik Anwar berkata ia adalah keputusan mantan peguam negara Idrus Harun sebelum beliau bersara dan menafikan sebarang campur tangan dalam kes itu.

Tuduhan-tuduhan yang digugurkan telah mendorong seruan baharu untuk melaksanakan pembaharuan yang akan memisahkan peranan peguam negara sebagai penasihat undang-undang kerajaan dan pendakwa raya.

Encik Ahmad Zahid menerajui Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), dan sokongan partinya penting untuk membantu Encik Anwar membentuk kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum November lalu yang membawa kepada Parlimen tergantung.

 
Sumber : AP/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita