Ratusan sekolah menengah Perancis ditutup sedang tunjuk perasaan pelajar berterusan
Para pelajar sekolah menengah Perancis pada Isnin (5 Okt) meneruskan gerakan tunjuk perasaan berhubung keadaan pembelajaran yang menggegarkan negara Eropah itu sejak minggu lalu, dengan sesi pembelajaran terganggu di ratusan buah sekolah.
Para pelajar sekolah menengah Perancis berkumpul di luar sekolah menengah Lycee Charles de Foucauld di Paris pada 5 Oktober 2026 sebagai sebahagian daripada tunjuk perasaan di seluruh negara. (Gambar: REUTERS/Abdul Saboor)
- French secondary school students continued their protests on Oct 5, disrupting hundreds of lycées over a lack of teachers and resources, packed timetables, and ageing buildings.
- The movement, which began on Sep 17 in Creteil, spread across France, including Paris, Rennes, Bordeaux and Lille, with some schools still continuing to admit students.
- Some protests turned tense as property was damaged, police used tear gas, more than 5,000 people were arrested, and allegations of police violence were investigated.
- Prime Minister Sebastien Lecornu wants to fill teacher vacancies, refurbish schools and charge those responsible for the damage for repair costs, but the CGT criticised him.
- Pelajar sekolah menengah Perancis meneruskan tunjuk perasaan pada 5 Oktober, mengganggu ratusan lycee kerana kekurangan guru, sumber, jadual padat dan bangunan usang.
- Gerakan yang bermula pada 17 September di Creteil merebak ke seluruh Perancis, termasuk Paris, Rennes, Bordeaux dan Lille, dengan sebahagian sekolah tetap menerima pelajar.
- Beberapa protes bertukar tegang apabila harta benda dirosakkan, polis menggunakan gas pemedih mata, lebih 5,000 orang diberkas dan dakwaan kekerasan polis disiasat.
- Perdana Menteri Sebastien Lecornu mahu mengisi kekosongan guru, membaik pulih sekolah dan mengenakan kos pembaikan kepada perosak, tetapi CGT mengkritiknya.
Sebahagian pelajar tetap memasuki beberapa sekolah meskipun tunjuk perasaan berterusan di luar pintu masuk, menjelang demonstrasi lebih besar yang dijangka diadakan pada Selasa.
Sejak lewat September, para pelajar menyekat pintu masuk ratusan sekolah, sambil menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung ketidakhadiran guru, jadual pembelajaran yang terlalu padat, bilik darjah yang usang serta bangunan yang tidak sesuai untuk menghadapi suhu yang semakin meningkat, di samping isu-isu lain.
Rasa tidak puas hati dalam kalangan remaja tercetus hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya tahun depan bagi mencari pengganti Presiden berhaluan tengah Emmanuel Macron, sedang golongan berhaluan kanan melihat peluang terbaik mereka setakat ini untuk meraih kuasa.
Pemerintah berusaha menangani rungutan tersebut, sambil menuduh para aktivis berhaluan kiri merampas gerakan tunjuk perasaan tersebut.
Lebih 400 daripada 3,700 sekolah menengah di Perancis, yang dikenali sebagai 'lycee', ditutup sebahagiannya atau sepenuhnya pada pagi Isnin, menurut Kementerian Pendidikan Perancis.
Pihak berkuasa pada Ahad meramalkan satu pertiga daripada 468 'lycee' bagi remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun di wilayah Paris akan ditutup.
Di daerah ketiga di tengah Paris pada pagi Isnin, puluhan pelajar remaja melaungkan slogan bantahan, dengan kereta-kereta yang lalu-lalang membunyikan hon sebagai tanda sokongan, sementara sebahagian pelajar lain memasuki kelas.
"Tiada sumber, tidak akan berdiam diri lagi," tulis satu papan tanda kadbod di luar sekolah menengah Turgot.
'TIDAK CUKUP GURU'
Di bandar Rennes di barat Perancis, lebih 20 pelajar berkumpul di luar sekolah menengah Montaigne, dengan seorang daripada mereka memegang papan tanda yang bertulis: "Tidak cukup guru". Namun, kakitangan sekolah membenarkan pelajar lain memasuki bilik darjah.
Di Bordeaux, di barat daya, sebahagian pelajar kembali ke bilik darjah manakala yang lain terus mengadakan tunjuk perasaan, dengan kehadiran ramai anggota polis pencegah rusuhan.
Sebahagian penunjuk perasaan di luar sekolah menengah Gustave Eiffel melancarkan mercun ke arah polis, yang membalas dengan melepaskan gas pemedih mata. Namun secara keseluruhannya, keadaan kekal tenang, menurut wartawan AFP.
Di bandar Lille di utara, penunjuk perasaan bertopeng merosakkan tempat menunggu bas atau membakar tong sampah, sedang polis melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan.
Gerakan tersebut bermula pada 17 September di sebuah sekolah menengah di Creteil, pinggir Paris, sebagai tanda sokongan kepada guru yang melancarkan mogok berhubung kekurangan kakitangan dan sumber.
Gerakan tersebut kemudian semakin mendapat momentum dan merebak ke seluruh Perancis, dan ada kalanya bertukar menjadi perbuatan merosakkan harta benda, termasuk memusnahkan tempat menunggu bas, membakar pintu masuk sekolah serta pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan.
Sejak gerakan tersebut bermula, 24 sekolah sudah "dibakar atau dirosakkan", menurut Menteri Pendidikan.
Lebih 5,000 orang diberkas, dengan 85 peratus daripada mereka merupakan individu bawah umur.
Para penunjuk perasaan turut menuduh polis menggunakan kekerasan secara berlebihan, dan siasatan dalaman sudah dibuka terhadap sekurang-kurangnya tiga kes yang dipercayai melibatkan kekejaman polis.
'TANGGUNGJAWAB IBU BAPA'
Perdana Menteri Sebastien Lecornu pada Ahad menetapkan jadual tindakan selain menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengutamakan usaha mengisi kekosongan akibat ketidakhadiran guru untuk tempoh yang panjang serta jawatan yang masih belum diisi.
Beliau mengadakan mesyuarat pada Selasa dengan para presiden wilayah bagi membincangkan usaha membaik pulih bangunan sekolah di negara itu yang kebanyakannya sudah usang.
Pemerintah juga berharap dapat meluluskan rang undang-undang di parlimen yang akan mewajibkan mereka yang bertanggungjawab merosakkan harta benda awam membayar sendiri kos pembaikan, dan bukannya menggunakan wang pembayar cukai.
Jurucakap pemerintah Maud Bregeon mempertahankan rang undang-undang tersebut.
"Apabila ada remaja berusia 14, 15, 16 tahun yang pada 9.00 pagi membakar tempat menunggu bas atau - mungkin lebih serius lagi - sekolah menengah tempat mereka belajar, perkara itu menimbulkan persoalan mengenai tanggungjawab ibu bapa," kata beliau kepada penyiar Europe1/CNews.
Encik Lecornu berkata draf undang-undang itu, yang pertama kali dibentangkan sebelum tunjuk perasaan tercetus, akan membolehkan jumlah tersebut "dipotong daripada elaun keluarga dan bantuan perumahan, sambil memastikan pendapatan minimum dikekalkan".
Ketua kesatuan buruh utama CGT, Sophie Binet, mengecam apa yang disifatkannya sebagai "pengumuman populis", yang menurutnya pada "akhirnya menyasarkan keluarga paling terdedah".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.