Ratusan ribu pekerja sertai mogok selepas pembentangan belanjawan UK
Para penunjuk perasaan melancarkan mogok di Trafalgar Square, di tengah London, pada 15 Mac 2023, menyusuli pembentangan belanjawan UK. (Gambar: JUSTIN TALLIS / AFP)
Mogok tersebut disertai kakitangan kerajaan, guru, pemandu kereta api dan doktor muda.
Ia disifatkan sebagai yang terbesar pernah diadakan sejak gelombang tindakan industri bermula tahun lalu.
Mogok itu dilancarkan bagi membantah pembentangan belanjawan kerajaan yang memperuntukkan tambahan 5 bilion pound (S$8.2 bilion) bagi perbelanjaan pertahanan.
Selain itu, ia meningkatkan pembiayaan jagaan kanak-kanak dan bantuan untuk pekerja menabung bagi persaraan dalam tempoh dua tahun akan datang.
Para guru yang hadir turut menuntut kenaikan gaji untuk sektor pendidikan.
Sebelum ini, Encik Hunt dan Perdana Menteri Rishi Sunak cuba menahan gaji sektor awam kerana mereka berpendapat kenaikan gaji yang besar hanya akan mendorong kenaikkan kadar inflasi.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.