Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan ribu pekerja jagaan kesihatan UK undi untuk mogok

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Kesatuan sekerja terbesar Britain menyatakan 350,000 pekerja di Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) kendalian kerajaan memilih untuk mogok berhubung gaji menjelang musim sejuk ini, menimbulkan cabaran kepada Perdana Menteri baru Rishi Sunak.

Menurut laman webnya, Unison mewakili lebih 1.3 juta pekerja NHS, isu paling mendesak bagi Encik Sunak dan Setiausaha Kesihatan Steve Barclay adalah mencari huraian terhadap pelbagai masalah yang menjejas perkhidmatan kesihatan".

"NHS kehilangan kakitangan berpengalaman pada kadar yang membimbangkan. Pekerja kesihatan akan terus bekerja jika menerima bayaran lebih baik serta tidak membebankan mereka dan keluarga," kata Setiausaha Agung Unison, Christina McAnea dalam satu kenyataan.

"Jika ini berterusan, perkhidmatan kesihatan tidak akan dapat mengatasi masalah yang tertangguh dan merawat jutaan orang yang sedang memerlukan rawatan."

Rasa tidak puas hati dalam kalangan tenaga buruh semakin meningkat selepas kadar gaji gagal mengimbangi kenaikan harga barang keperluan seperti makanan hingga kepada bahan api.

Ia mendorong pekerja dari pelbagai sektor untuk mula melakukan bantahan.

Bilangan pesakit yang sedang menunggu untuk memulakan rawatan juga melonjak kepada 6.8 juta pada hujung Julai lalu.

Tekanan pada perkhidmatan kesihatan adalah satu daripada masalah mendesak yang diwarisi Encik Sunak yang berkata dalam ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri pada Selasa, menjanjikan "NHS yang lebih baik".

Jabatan Kesihatan Britain tidak memberi sebarang ulasan mengenai undian tersebut.

Unison yang mendapatkan undian pekerja dari lebih 250 pemegang amanah dan ahli lembaga kesihatan di seluruh England, Wales dan Ireland Utara,menyatakan mogok itu tidak dapat dielakkan.

"Kerajaan mesti mula menangani krisis tenaga kerja yang semakin meningkat dengan kenaikan gaji untuk mengurangkan kesan inflasi dan membawa NHS kembali ke jalan pemulihan," kata kesatuan itu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan