Skip to main content

Dunia

Ratusan pinggan kosong di pantai Brazil gesa pemimpin dunia tangani isu kelaparan

Anggaran Waktu Membaca:
RIO DE JANEIRO: Aktivis hak asasi manusia meletakkan 733 pinggan kosong di Pantai Copacabana bagi mewakili 733 juta orang yang menderita kelaparan di seluruh dunia menjelang sidang puncak G20 di Rio De Janeiro.

Menurut Agensi Anadolu, tunjuk perasaan simbolik yang dianjurkan oleh kumpulan masyarakat sivil itu bertujuan menarik perhatian terhadap isu kelaparan global dan menggesa pemimpin dunia mengambil tindakan.

Diilhamkan oleh kata-kata ahli sosiologi dan aktivis Brazil Betinho de Souza bahawa "Kelaparan tidak boleh menunggu," pinggan yang ditandakan dengan palang merah itu bertujuan untuk menyerlahkan betapa mendesaknya krisis berkenaan.

Rio akan menganjurkan Sidang Puncak G20 pada 18 hingga 19 November, yang akan menghimpunkan pemimpin 19 ekonomi utama, EU dan Kesatuan Afrika di bawah tema:  "Pembinaan dunia yang adil dan bumi yang mampan."

Penduduk tempatan turut menyertai tunjuk perasaan di kawasan paling meriah di bandar itu untuk memberikan sokongan mereka terhadap pergerakan berkenaan.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita