Skip to main content

Dunia

Ratusan penyokong Pita Limjaroenrat hadir jelang undian bagi PM Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan penyokong Pita Limjaroenrat hadir jelang undian bagi PM Thailand

(Gambar: AFP/Tananchai Keawsowattana)

BANGKOK: Pemimpin Parti Move Forward di Thailand menegaskan beliau tidak akan berundur untuk menjadi Perdana Menteri.

Encik Pita Limjaroenrat menegaskan pendiriannya itu di rapat ratusan penyokongnya di pusat ibu kota Bangkok pada Ahad (9 Jul).

Dewan Parlimen dan Dewan Senat Thailand akan memilih Perdana Menteri pada Khamis (13 Jul) ini.

Parti Move Forward muncul sebagai pemenang terbesar dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Mei lalu.
Ia kini menjalin kerjasama dengan tujuh parti lain tetapi masih tidak cukup untuk menjamin kedudukan Encik Pita untuk menjadi Perdana Menteri Thailand.

Perikatan itu menguasai 312 kerusi parlimen sedangkan untuk menjadi Perdana Menteri, seseorang calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 376 anggota parlimen dan senator.

Pencalonan Encik Pita dijangka mendapat tentangan hebat di Dewan Senat 250 anggota, yang dilantik kerajaan tentera yang lalu.

Ini memandangkan Move Forward merancang untuk merombak undang-undang yang menghina raja dan menentang monopoli perniagaan.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita