Skip to main content

Dunia

Ratusan penumpang terkandas di lapangan terbang Brazil dek sekatan perjalanan

Sekitar 200 warga Colombia terkandas di lapangan terbang antarabangsa paling sibuk di Brazil.

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan penumpang terkandas di lapangan terbang Brazil dek sekatan perjalanan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 May 2020 02:18PM Dikemas Kini : 29 May 2020 02:40PM

SAO PAULO: Sekitar 200 warga Colombia terkandas di lapangan terbang antarabangsa paling sibuk di Brazil.

Lebih dua bulan selepas virus COVID-19 mula menular dan menyebabkan perintah berkurung dikuatkuasakan di merata dunia, banyak negara sudah mula membuka semula ekonomi secara bertahap-tahap. Namun, Amerika Latin masih lagi diasingkan dengan sekatan-sekatan perjalanan dikuatkuasakan di rantau itu.

Colombia menggantung hampir kesemua penerbangan antarabangsa sehingga sekurang-kurangnya 31 Ogos, sambil melarang rakyatnya daripada pulang menaiki pesawat. Colombia

Colombia juga menggantung perjalanan rentas sungai dan sempadan darat dengan negara-negara jiran termasuk Brazil.

Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos yang terletak di pinggir Sao Paulo menyaksikan jumlah penumpang yang meningkat dengan mendadak sejak minggu lalu apabila para penumpang mendarat dengan harapan dapat mengelakkan larangan baru Amerika Syarikat ke atas pendatang asing dari Brazil.

Para penumpang yang terkandas menggesa supaya penerbangan-penerbangan diaturkan untuk mereka atas dasar kemanusiaan. Namun, Kementerian Luar Colombia menyatakan pada Khamis (28 Mei) bahawa tiada penerbangan baru dari Brazil dijadualkan sehingga minggu depan.

Sejak lewat April, tiga penerbangan seumpama itu sudah diuruskan, membawa seramai 346 penduduk pulang ke Colombia.

Walaupun disifatkan sebagai penerbangan atas dasar kemanusiaan, warga Colombia perlu membayar AS$350 (S$494.8) untuk menaiki pesawat tersebut. Namun, ramai dalam kalangan mereka tidak mampu untuk membayarnya.

"Di bawah peraturan sekarang, permintaan ini tidak boleh dilaksanakan," menurut Konsulat Colombia di Sao Paolo menerusi kenyataannya. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita