Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan penghantar makanan GrabFood di M'sia mogok

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan penghantar makanan GrabFood di M'sia mogok

Ratusan penghantar makanan GrabFood berkumpul di pejabat pengurusan Grab di Petaling Jaya. (Gambar: Astro AWANI)

Diterbitkan : 05 Aug 2022 08:16PM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 08:19PM
PETALING JAYA: Himpunan ratusan penghantar makanan GrabFood dilihat di pejabat pengurusan Grab di Petaling Jaya pada Jumaat (5 Ogos), menurut laporan Astro Awani. Mereka menyerahkan memorandum mengenai isu yang menjejas kumpulan penghantar makanan termasuk soal kadar upah penghantar makanan yang dikurangkan.

Selain itu, mereka juga menuntut pengurusan Grab untuk menilai dan menambah semula kadar bayaran mengikut jarak pengambilan dan penghantaran.

Sebelum ini, beberapa kumpulan penghantar makanan dikatakan berkumpul di beberapa lokasi sebelum ke pejabat pengurusan Grab. Ia dibuat sebagai tanda protes terhadap isu-isu yang didakwa menindas kumpulan penghantar makanan berkenaan.

Dalam sebuah kenyataan, Grab Malaysia menyatakan terdapat kesilapan teknikal yang berlaku berhubung kadar upah yang dinyatakan.

"Telah berlaku kesilapan teknikal pada paparan kadar tambang tersebut pada Jun lalu dan fakta sebenar mengenainya telah disiarkan menerusi platform rasmi, Rakan Penghantar Grab pada 21 Julai lalu," jelas Grab Malaysia, seperti dinukil Astro Awani.

Astro Awani juga difahamkan yang beberapa wakil penghantar makanan GrabFood turut mengadakan pertemuan bersama wakil Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum sama.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan