Ratusan penduduk Taipei sokong pelan tingkat perbelanjaan tentera meski parlimen potong dana pertahanan
Askar mengendalikan kenderaan berperisai CM-32 semasa latihan ketenteraan tahunan menjelang Tahun Baru Cina di Taichung, Taiwan pada 27 Januari 2026. (Gambar fail: Reuters/Ann Wang)
Encik Lai mahu belanjawan pertahanan tambahan diluluskan, termasuk wang untuk senjata Amerika Syarikat dan peralatan buatan dalam negeri seperti dron untuk mengukuhkan pertahanannya dalam menghadapi China, yang menganggap pulau itu sebagai wilayahnya sendiri.
Namun, pihak pembangkang, yang mempunyai kerusi terbanyak di parlimen, bulan ini meluluskan versi pakej perbelanjaan mereka sendiri, dan hanya untuk senjata Amerika Syarikat, dengan mengatakan usulan pemerintah tidak jelas dan boleh menyebabkan rasuah.
Bantahan Taipei dianjurkan oleh beberapa kumpulan hak asasi manusia dan pro-kemerdekaan, yang mengibarkan bendera dan melaungkan slogan untuk menyokong perbelanjaan pertahanan.
"Keamanan sejati memerlukan pertahanan negara. Hanya dengan memperkukuh pertahanan negara kita, kita dapat memastikan kebebasan Taiwan," kata Wang Hsing-huan, pengerusi Parti Pembinaan Negara Taiwan yang kecil, yang tidak ada wakil dalam parlimen, kepada orang ramai.
Pemerintah kini cuba mendapatkan kelulusan bagi baki wang yang dipohon, termasuk untuk sistem pertahanan udara bersepadu "T-Dome" yang baharu.
"Kita perlu melindungi diri kita daripada perluasan pengaruh China," kata jurutera awam Angela Yen, 34. "China dan Taiwan adalah dua negara yang berbeza."
Kedua-dua parti pembangkang utama Taiwan mengatakan mereka menyokong perbelanjaan pertahanan tetapi tidak akan menandatangani "cek kosong".
Berucap di selatan Taiwan pada awal Sabtu, Cheng Li-wun, pengerusi parti pembangkang terbesar Kuomintang, berkata tiada sesiapa yang mahu melihat perang meletus dengan China.
Taiwan bukannya tiada wang, tetapi ia tidak harus berbelanja secara boros, menurut kenyataan beliau yang dipetik partinya.
Taiwan harus melabur dalam keamanan, bukan peperangan, dan tidak menghantar generasi akan datang untuk menjadi askar dan berperang, tambah Cik Cheng, yang bertemu Presiden China Xi Jinping di Beijing bulan lalu.
Pemerintah Taiwan menolak tuntutan kedaulatan Beijing, dengan menegaskan bahawa hanya rakyat pulau itu yang boleh menentukan masa depan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.