Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan penduduk dipindah susuli banjir di timur laut Australia

Anggaran Waktu Membaca:
CAIRNS: Curahan hujan yang hampir mencecah paras rekod di wilayah Queensland di Australia telah mencetuskan banjir yang boleh mengancam nyawa.

Menurut pihak berkuasa, banjir telah melanda bandar timur laut Cairns, iaitu sebuah hab pelancongan dan gerbang ke Great Barrier Reef.

Sungai-sungai di wilayah itu mencecah paras rekod selepas taufan tropika Jasper membadai kawasan tersebut.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada para penduduk supaya jangan keluar rumah kerana risiko berlaku banjir kilat sangat tinggi.

Lebuh raya di sekitar kawasan itu juga telah ditenggelami air bah.

Berpuluh-puluh ribu penduduk juga terputus bekalan elektrik.

Di tengah-tengah cuaca ekstrem itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berada dalam keadaan tenat selepas disambar petir pada hujung minggu lalu.

Hujan lebat dan banjir juga telah menyebabkan lapangan terbang Cairns ditutup bagi semua penerbangan antarabangsa dan domestik.
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan