Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan penduduk dipindah selepas gunung Ruang meletus

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 800 orang di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia, dipindahkan berikutan beberapa letusan di kawasan gunung berapi Ruang.

Sejak beberapa hari lalu, gunung tersebut memuntahkan lahar dan menyebabkan kepulan abu, dedah agensi vulkanologi negara tersebut pada Rabu (17 Apr).

Gunung berapi itu, yang terletak di pulau Ruang kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Manado, meletus lebih tiga kali sejak Selasa (16 Apr).

Pihak berkuasa meningkatkan tahap kecemasan kepada peringkat kedua tertinggi berikutan letusan tersebut, kata Heruningtyas Desi Purnamasari, seorang pegawai di Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) kepada Reuters.

Letusan Gunung Ruang tercetus akibat gempa bumi yang baru berlaku di pulau tersebut, dengan gunung itu mengeluarkan "kepulan panas" berbahaya setinggi 1.8 kilometer di langit, kata Cik Heruningtyas.

"Kami harus memindahkan semua orang dari pulau tersebut kerana kami menjangkakan lebih banyak letusan. Tiada kegiatan dibenarkan empat kilometer dari kawah itu," tambahnya.

Rakaman oleh Reuters menunjukkan lahar mengalir dari gunung, dan kepulan asap dikeluarkan dari kawah tersebut.

Pulau Ruang mempunyai kira-kira 838 penduduk, kebanyakan mereka sudah dipindahkan ke pulau terdekat, iaitu Pulau Tagulandang, kata Cik Heruningtyas.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan