Ratusan pelajar terjejas akibat tindakan Malaysia sekat lintasan haram di sempadan Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
Sungai Golok. (Gambar fail: AFP/Madaree Tohlala)
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan bahawa pelajar Malaysia dan Thailand akan terjejas apabila pihak berkuasa menyekat lintasan haram rakyat negara itu dari Thailand mulai 1 Disember.
Menurut media tempatan, hampir 500 pelajar Malaysia dan Thailand merentasi Sungai Golok untuk bersekolah di Kelantan setiap hari.
Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat mengumumkan pada Isnin (18 Nov) bahawa polis akan memberkas mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan laluan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Dis ini, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan.
“Saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia yang ingin memasuki negara jiran secara haram bahawa kami akan memberkas mereka. Selama ini, mereka fikir tidak menjadi masalah untuk memasuki Thailand secara haram,” katanya dipetik media tempatan.
Pengumumannya itu menggusarkan penduduk di kedua-dua bahagian sempadan tentang pendidikan anak-anak mereka, lapor The Star.
Ramai yang menggesa pihak berkuasa mempertimbangkan untuk membenarkan pelajar terus menggunakan laluan haram itu terutama untuk bersekolah di Rantau Panjang di Kelantan.
Sungai Golok sepanjang kira-kira 100km menghubungkan Rantau Panjang ke bandar sempadan Sungai Golok di wilayah Narathiwat, Thailand.
“Kami akan menyiasat dan maklum mengenai perkara ini kerana jumlah yang dilaporkan (pelajar yang menyeberangi sungai) adalah sangat tinggi,” kata Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek kepada pemberita di luar majlis pelancaran MPH Bookstores di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Selasa (19 Nov).
"CARA HIDUP DALAM MASYARAKAT"
Menurut agensi berita Bernama, perkhidmatan penghantaran pelajar sekolah rendah dan menengah menggunakan perahu dijalankan dua kali sehari iaitu bermula 6.30 pagi (waktu tempatan Thailand) untuk menghantar pelajar sekolah dan pukul 2.00 petang (waktu tempatan Malaysia) pelajar pulang dari Rantau Panjang untuk ke Pekan Golok.
Pelajar dikenakan caj sebanyak RM1 (S$0.29) untuk perkhidmatan menaiki perahu ke Rantau Panjang dan ia telah menjadi kebiasaan penduduk di kawasan berkenaan sejak sekian lama.
Penduduk berharap pihak berkuasa Malaysia dapat mempertimbangkan memberi kelonggaran buat anak-anak yang bersekolah di sekitar Rantau Panjang untuk merentasi pangkalan haram di Sungai Golok bagi membolehkan mereka hadir di sekolah.
Encik Ishak Ghazali, 61 tahun, rakyat Malaysia yang menetap di Sungai Golok, bahagian Narathiwat puluhan tahun sejak kecil, memberitahu Bernama bahawa keluarganya telah memasuki tiga generasi bersekolah di Rantau Panjang sehinggalah anak dan cucunya.
"Saya rakyat Malaysia. Apabila pengumuman polis mengenai rakyat Malaysia akan ditahan mulai 1 Dis kerana bebas keluar masuk melalui pangkalan haram ia sedikit menggusarkan saya kerana ramai anak penduduk di sini menggunakan laluan itu untuk ke sekolah di Rantau Panjang," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Sungai Golok.
Beliau berharap pihak polis memberikan kelonggaran untuk pelajar sekolah menggunakan laluan biasa kerana ia merupakan laluan terdekat.
"Jika pihak berkuasa meminta pelajar sekolah menggunakan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang ia agak sukar kerana tidak semua penduduk mempunyai kenderaan kerana ada yang menetap jauh dari ICQS," katanya.
Senada dengan Encik Ishak, rakyat Thailand, Abdullah Abu Bakar, 64 tahun, berkata pergerakan rentas sempadan seperti itu telah menjadi kebiasaan buat masyarakat di Sungai Golok dengan kebanyakan anak-anak bersekolah di Rantau Panjang.
"Saya tiada masalah dalam hal ini, cuma minta pihak berkuasa Malaysia memberikan kelonggaran kepada pelajar-pelajar sekolah untuk merentasi Sungai Golok. Jika sebelum ini, mereka (pelajar sekolah) menggunakan laluan kompleks ICQS untuk ke sekolah dengan pas sempadan yang dicap sebulan sekali bagi keluar masuk Malaysia-Thailand tetapi ia tidak dilaksanakan lagi," katanya.
Encik Abdullah berharap pihak berkuasa Malaysia mempertimbangkan kembali penggunaan pas sempadan untuk pelajar sekolah yang dicap sebulan sekali.
"Ada juga rakyat Malaysia yang menetap di Sungai Golok kerana berkahwin dengan orang tempatan dan anak mereka bersekolah di Rantau Panjang.
"Saya berharap pihak Kerajaan Thailand dan Malaysia mempermudahkan urusan persekolahan anak-anak kami kerana kami tidak mahu anak-anak kami tercicir dalam pendidikan," kata lelaki warga Thailand yang berkahwin dengan rakyat Malaysia itu.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pada Rabu (19 Nov) pintu masuk rasmi di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan hanya di ICQS Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor.
Beliau berkata selain tiga ICQS itu yang lain dianggap ‘laluan tikus’ dan menggunakan laluan berkenaan untuk keluar atau masuk ke Malaysia adalah menyalahi undang-undang.
Encik Saifuddin menambah cadangan kerajaan Kelantan bulan ini mengenai tembok sempadan sepanjang 100km untuk meningkatkan keselamatan dan perlindungan banjir masih di peringkat perbincangan dan akan dimuktamadkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Tembok itu dijangka menelan belanja RM445 juta (S$134 juta) dan kerajaan Thailand dilaporkan telah bersetuju dengannya.
Cadangan tembok itu dibuat beberapa hari selepas penahanan enam rakyat Malaysia oleh polis Thailand di sebuah hotel Sungai Golok kerana melintasi sempadan secara haram dan memiliki lebih 6,000 pil methamphetamine.
Mereka yang ditahan termasuk artis tempatan popular dari Kelantan.

Sumber : AGENCIES/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.