Ratusan orang ditahan di China berkait skandal perbankan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
BEIJING: Polis China menahan lebih 200 suspek yang dikaitkan dengan salah satu skandal perbankan terbesar sehingga mencetuskan bantahan besar-besaran yang jarang berlaku, selain memberi kesan besar terhadap keyakinan sistem kewangan di negara itu.
Empat buah bank di wilayah Henan, tengah China menggantung pengeluaran tunai pada April lalu ketika pihak berkuasa membanteras isu kesilapan pengurusan, membekukan dana milik ratusan ribu pelanggan sehingga mencetuskan bantahan yang kadang kala berakhir dengan keganasan.
Polis pada Isnin (29 Ogos)menyatakan pihaknya sudah menahan 234 orang berhubung skandal itu dan kemajuan dibuat untuk mendapatkan semula dana yang dicuri.
Menurut polis dalam satu kenyataan, satu kumpulan penjenayah mengawal bank tempatan, menarik pelanggan dengan menawarkan kadar faedah setinggi 18 peratus.
Sejumlah besar dana itu, disyaki digunakan bagi beberapa siri jenayah berat oleh "broker kewangan'.
Pihak berkuasa sebelum ini menyatakan kumpulan penjenayah berkenaan mengawal bank tempatan sejak 2011.
Sektor perbankan di kawasan luar bandar China terjejas teruk akibat usaha Beijing bagi mengekang gelembung hartanah dan hutang yang semakin meningkat dalam tindakan keras terhadap sektor kewangan di negara itu.
Tunjuk perasaan besar-besaran oleh pelanggan bank pada 10 Julai di ibu kota wilayah Henan, Zhengzhou, ditangani dengan keras oleh polis dan penunjuk perasaan dipaksa menaiki bas serta dipukul polis, menurut saksi dan gambar yang dimuat naik di media sosial.
Pihak yang mengawal selia sudah menawarkan pembayaran balik secara beransur-ansur kepada pelanggan sejak pertengahan April lalu.
Pada Isnin lalu, penyelia bank dan insurans di Henan berjanji untuk membayar balik mereka yang memasukkan deposit antara 400,000 yuan (S$80,828) dan 500,000 yuan (S$101,035) mulai minggu ini.
Mereka yang berhutang dengan jumlah lebih kecil sudah dilunaskan lebih awal.
Penganalisis berkata, saiz dan skala penipuan itu memberi tamparan kepada keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan China, dengan bank terbabit didakwa sudah beroperasi secara haram selama lebih sedekad.

Sumber : Agensi berita/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.