Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan kenderaan terkandas di Johor Bahru susuli banjir kilat

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Lebih 500 kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat di Johor Bahru pada Selasa (2 Ogos).

Demikian menurut laporan Astro AWANI. 

Hujan lebat kira-kira satu jam sejak pukul 12.00 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa jalan utama di bandar raya tersebut dinaiki air.

Antaranya Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Mahmoodiah, Jalan Kolam Ayer, Kampung Mohd Amin dan kawasan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Aliyas Said berkata kejadian banjir kilat tersebut adalah yang terburuk dialaminya dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, sebelum ini, pernah terjadi kejadian banjir kilat tetapi tidak sehingga kereta ditenggelami air sehingga ke paras bonet.

"Kejadian berlaku tengah hari waktu rehat, masa tu hujan turun lebat sangat, tengok dah tenggelam.

"Paras separuh melepasi tayar, kerja di bangunan sini, tunggu reda sikit panggil kawan-kawan tolak ke tepi...dah banyak kali dah berlaku," katanya kepada Astro AWANI. 

Tinjauan Astro AWANI di kawasan tempat letak kereta di Jalan Ayer Molek pada tengah hari Selasa (2 Ogos) mendapati orang ramai sedang berusaha membawa kenderaan mereka ke tempat yang lebih tinggi.

Kelihatan juga Skuad Kilat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang turut membantu membersihkan saliran air yang tersumbat di kawasan tersebut.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan