Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan kanak-kanak terpisah dari keluarga; dibawa keluar dari Afghanistan

Ramai kanak-kanak terpisah daripada keluarga mereka di tengah-tengah keadaan huru-hara di Afghanistan setelah Taliban menakluki negara itu dan beratus-ratus yang lain dipindah keluar daripada negara itu tanpa ditemani anggota keluarga mereka, menurut PBB pada Selasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan kanak-kanak terpisah dari keluarga; dibawa keluar dari Afghanistan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Sep 2021 11:24PM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 11:26PM

GENEVA: Ramai kanak-kanak terpisah daripada keluarga mereka di tengah-tengah keadaan huru-hara di Afghanistan setelah Taliban menakluki negara itu dan beratus-ratus yang lain dipindah keluar daripada negara itu tanpa ditemani anggota keluarga mereka, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (7 Sep).

Agensi kanak-kanak PBB, UNICEF menyatakan bahawa agensi tersebut dan rakan-rakan kongsinya mendaftarkan sekitar 300 kanak-kanak yang tidak ditemani dan terpisah daripada keluarga mereka yang berpindah keluar dari Afghanistan sejak 14 Ogos.

"Kami menjangkakan jumlah ini akan meningkat melalui usaha pengenalpastian yang sedang dijalankan," kata ketua UNICEF Henrietta Fore dalam satu kenyataan, yang meluahkan keprihatinannya terhadap kebajikan dan keselamatan kanak-kanak itu.

Agensi itu menyatakan bahawa ramai kanak-kanak terpisah daripada keluarga mereka sedang berpuluh-puluh ribu rakyat Afghanistan menyerbu Lapangan Terbang Kabul dalam percubaan untuk meninggalkan negara itu sebelum pasukan tentera Amerika Syarikat mengundurkan diri sepenuhnya.

Menjelang tarikh 31 Ogos, Amerika Syarikat membawa keluar lebih 123,000 orang dari Lapangan Terbang Kabul termasuk warga Amerika dan penterjemah bahasa serta mereka yang menyokong usaha Amerika dan layak mendapatkan visa khas untuk menetap di negara itu.

Sesetengah kanak-kanak yang terpisah dibawa keluar melalui penerbangan yang menuju ke Jerman, Qatar dan negara-negara lain, menurut UNICEF.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan