Ratusan jemaah Indonesia sambut Syawal pada 21 Apr

(Gambar: Kompas)
JAKARTA: Segelintir umat Islam di Indonesia sudah meraikan 1 Syawal hari ini (21 Apr).
Menurut laporan Kompas, jemaah Tarekat Naqsabandiyah di Padang, Sumatera Barat dan jemaah Masjid Aolia di Yogyakarta sudah melaksanakan solat sunat Aidilfitri hari ini.
Imam Surau Baru Kota Padang dikenali sebagai Zahar berkata, para jemaah mula melaungkan takbir raya pada Rabu (19 Apr).
"Pagi ini kita melaksanakan solat Aidilfitri selepas berpuasa selama 30 hari," katanya kepada Kompas.
Jemaah berkenaan dikatakan membuat pengiraan berdasarkan cara hisab Munjid, yang menyambut Lebaran lebih awal dari keputusan kumpulan pemerhati pemerintah, sama seperti tahun sebelumnya.
Selain jemaah Tarekat Naqsabandiyah, jemaah Masjid Aolia turut meraikan 1 Syawal hari ini di Yogyakarta.
Imam Jemaah Masjid Aolia Ibnu Hajar, Sholeh Pranolo atau dipanggil Mbah Benu memberitahu Kompas bahawa Lebaran tahun ini disambut lebih awal atas keyakinan dan perjalanan kerohanian.
"Sebenarnya ini adalah kerana keyakinan. Di Indonesia kita boleh beraya awal atau puasa awal. Tiada masalah.
"Yang penting jaga kesatuan dan jangan menyalahkan yang lain," katanya.
Dilaporkan jemaah Aolia turut berada di Sulawesi, Kalimantan, Sumatera, India, Filipina, hingga China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.