Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan jatuh sakit, 1 maut akibat penyakit tidak dikenalpasti di India

Sekurang-kurangnya seorang maut dan lagi 200 dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang tidak dikenal pasti di negeri Andhra Pradesh di bahagian selatan India, menurut laporan pada Isnin (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan jatuh sakit, 1 maut akibat penyakit tidak dikenalpasti di India

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Dec 2020 09:59AM Dikemas Kini : 08 Dec 2020 10:02AM

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya seorang maut dan lagi 200 dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang tidak dikenal pasti di negeri Andhra Pradesh di bahagian selatan India, menurut laporan pada Isnin (7 Dis).

Penyakit itu dikesan pada petang Sabtu (5 Dis) di Eluru, sebuah bandar purba yang dikenali dengan hasil kait tangannya. Sejak itu, para pesakit mengalami simptom daripada rasa mual dan kegelisahan hingga tidak sedarkan diri, kata para doktor.

Seorang lelaki berusia 45 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami simptom serupa dengan sawan dan mabuk meninggal dunia pada lewat Ahad (6 Dis), lapor agensi berita Press Trust of India.

Para pegawai sedang cuba menentukan punca penyakit itu. Sejauh ini, sampel air dari kawasan-kawasan terjejas tidak menunjukkan sebarang tanda pencemaran dan para pesakit diuji negatif bagi COVID-19.

Ketua menteri negeri Y S Jagan Mohan Reddy mengunjungi sebuah hospital pemerintah dan bertemu dengan para pesakit. Ketua pembangkang N Chandrababu Naidu dalam catatan Twitter menuntut "siasatan menyeluruh dan tidak berpihak kepada sesiapa ke atas kejadian itu".

Andhra Pradesh adalah antara kawasan paling teruk terjejas oleh COVID-19, dengan lebih daripada 800,000 kes dikesan di sana. Sistem kesihatan di negeri itu, seperti kawasan lain di India, terjejas teruk oleh virus berkenaan.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan