Ratusan hilang selepas kapal pendatang haram karam di sempadan Malaysia-Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
- Pengarah Maritim Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, berdasarkan laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuah, tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang ditemui hanyut di perairan Tanjung Chincin.
- Encik Romli berkata, setakat ini seramai 11 individu termasuk satu mayat telah dijumpai dan beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lagi penemuan mangsa.
- Katanya, berdasarkan maklumat risikan awal, bot yang dinaiki mangsa berlepas dari Buthidaung, Myanmar, dengan anggaran 300 penumpang dan dipercayai karam tiga hari lalu di kawasan sempadan perairan Thailand–Malaysia.
- Encik Romli berkata, Maritim Malaysia melaksanakan Operasi Guard 5.0 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam usaha menjaga sempadan perairan Malaysia-Thailand serta mengekang kemasukan bot pendatang asing tanpa izin.
LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah/Perlis menemui beberapa mangsa disyaki pendatang haram dari Myanmar di sekitar perairan Langkawi semalam (8 Nov), dipercayai menyusuli insiden bot karam di Pulau Tarutao, kawasan perairan sebelum sempadan Thailand–Malaysia, lapor Astro AWANI.
Pengarah Maritim Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, berdasarkan laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuah, tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang ditemui hanyut di perairan Tanjung Chincin.
“Mereka diselamatkan oleh kapal MV Hong Linh 1 pada pukul 8.30 pagi sebelum dibawa ke Jeti Kilang Simen Teluk Ewa dan diserahkan kepada Balai Polis Ayer Hangat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini (9 Nov).
Sementara itu, pada petang semalam, operasi mencari dan menyelamat menemui lebih banyak petunjuk.
Encik Romli berkata, aset PETIR 81 milik Maritim Malaysia menemui mayat seorang wanita terapung di laut dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Langkawi sebelum diserahkan kepada Polis Kuala Teriang pada pukul 2.05 petang, lapor Astro AWANI.
Aset sama turut mengesan seorang lelaki warga Bangladesh di atas kapal layar APHRODITE.
Mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak IPD Kuah di Langkawi.
“Dalam operasi berasingan, aset BENTENG 7 turut menemui seorang wanita disyaki pendatang haram dari Myanmar di atas sebuah bot nelayan tempatan, sebelum dibawa ke Jeti Maritim Malaysia dan diserahkan kepada IPD Kuah untuk siasatan lanjut.
“Bot PETIR 81 Maritim Malaysia telah mengiringi kapal layar ADVENTURE yang menemui empat lelaki Myanmar pada pukul 11.45 malam tadi, dan dibawa ke Jeti Telaga Harbour dan diserahkan kepada pihak polis.
“Manakala seorang lagi mangsa yang turut disyaki dari Myanmar dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan terdampar di kawasan Kelab Golf Datai," tambahnya lagi.
Encik Romli berkata, setakat ini seramai 11 individu termasuk satu mayat telah dijumpai dan beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lagi penemuan mangsa.
Katanya, berdasarkan maklumat risikan awal, bot yang dinaiki mangsa berlepas dari Buthidaung, Myanmar, dengan anggaran 300 penumpang dan dipercayai karam tiga hari lalu di kawasan sempadan perairan Thailand–Malaysia.
Beliau menegaskan, Malaysia bukan tempat persinggahan bagi sebarang percubaan untuk memasuki negara ini secara haram.
“Setiap percubaan untuk memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran akan dikesan dan diambil tindakan tegas. Isu ini bukan sekadar kemanusiaan, tetapi turut melibatkan keselamatan negara,” tegasnya.
Menurut Encik Romli lagi, sindiket rentas sempadan kini semakin aktif mengeksploitasi golongan pendatang haram dengan menjadikan mereka mangsa pemerdagangan manusia menggunakan laluan laut berisiko tinggi.
“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia. Semua yang terlibat akan diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya lagi.
Encik Romli berkata, Maritim Malaysia melaksanakan Operasi Guard 5.0 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam usaha menjaga sempadan perairan Malaysia-Thailand serta mengekang kemasukan bot pendatang asing tanpa izin.

Sumber : Agensi berita/AW/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.