Skip to main content

Dunia

Ratusan hilang di Laos selepas empangan runtuh

Ratusan orang dilaporkan hilang dan sebahagiannya dipercayai mati selepas sebuah empangan kuasa hidro runtuh, menurut media negara tersebut pada Selasa (24 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jul 2018 07:29PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 12:15AM

BANGKOK: Ratusan orang dilaporkan hilang dan sebahagiannya dipercayai mati selepas sebuah empangan kuasa hidro runtuh, menurut media negara tersebut pada Selasa (24 Jul).

Nahas itu berlaku di sebuah empangan di tenggara wilayah Attepeu lewat Isnin, yang menyebabkan limpahan lima bilion meter kubik air - iaitu sebanyak lebih dua juta kolam renang Olimpik.

Laporan itu menambah, "beberapa nyawa terkorban dan ratusan orang hilang," menurut Agensi Berita Laos.

Berita ABC Laos melaporkan para pegawai mengerahkan bot-bot untuk memindahkan penduduk di kawasan San Sai sedang paras air naik susulan empangan runtuh tersebut.

Menurut laporan itu lagi, beberapa rumah di selatan daerah itu hanyut dan para pegawai di sana meminta bantuan bagi mangsa banjir.

Kumpulan-kumpulan alam sekitar selama beberapa tahun mengutarakan kebimbangan berhubung rancangan kuasa hidro Laos, termasuk kebimbangan tentang kesan empangan ke atas Sungai Mekong, flora dan fauna serta masyarakat kampung dan ekonomi tempatan yang bergantung kepada sungai itu.

Empangan bernilai AS$1.2 bilion (S$1.63 bilion) itu adalah sebahagian projek Xe Pian Xe Namnoy Power Company (PNPC) berpangkalan di Vientiane, sebuah usahasama yang dibentuk pada 2012.

Empangan dengan keupayaan 410 megawatt itu dijadualkan bermula operasi secara komersil pada 2019, menurut lelaman usahasama itu.

Projek tersebut dirancang mengeksport 90 peratus kuasa elektriknya kepada Thailand dan bakinya ke grid kuasa tempatan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita