Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan harta benda awam di Chiang Mai musnah akibat hujan batu

Anggaran Waktu Membaca:

CHIANG MAI: Hujan ribut dan hujan batu memusnahkan beratus-ratus harta benda di empat daerah di wilayah utara Thailand, Chiang Mai pada Sabtu (18 Mac).

Ini meskipun tentera udara mengerahkan pesawat untuk melakukan pembenihan awan bagi mencegah hujan batu, menurut para pegawai, lapor Bangkok Post.

Pejabat tempatan bagi Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana pada Ahad (19 Mac) melaporkan, hujan batu melanda 17 daerah di Mae Rim, San Kamphaeng dan San Sai pada Sabtu.

Di Mae Rim, ribut melanda daerah Huai Sai, Khee Lek, Sa Luang, Mae Ram, Rim Nuea, Rim Tai dan San Pong, sekali gus memusnahkan kedua-dua harta benda awam dan privet. Pokok, tiang elektrik dan papan iklan tumbang di jalan raya.

Di daerah Muang, hujan bantu memusnahkan 579 rumah dan tapak kebun di daerah Suthep. Tiang elektrik tumbang di jalan raya dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di daerah Fa Ham. Lebih banyak rumah turut musnah di daerah Mae Hia dan Nong Hoi.

Di daerah San Kamphaeng pula, pokok gula kabung tumbang akibat angin kencang dan kenderaan serta garaj turut musnah.

Dalam pada itu, jurucakap bagi tentera udara, Prapas Sonjaidee, berkata ia mengerahkan pesawat Alpha Jet bulan ini yang sudah menjalani kerja ubah suai di Chiang Mai untuk menyemai argentum iodide di awan bagi mengalakkan hujan dan justeru, mencegah hujan batu di wilayah utara itu.

Misi seumpama itu berisiko bagi juruterbang kerana mereka harus menerbang melalui ribut, katanya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan