Ratusan bantah upacara persemadian negara bagi Shinzo Abe
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Richard A. Brooks/AFP)
TOKYO: Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di sebuah taman di Tokyo pada Jumaat (23 Sep) menggesa upacara persemadian negara bagi mantan Perdana Menteri Shinzo Abe dibatalkan, sambil melaungkan slogan serta mengibarkan sepanduk.
Seperti ramai peserta lain di perhimpunan itu Encik Mayumi Ishida berkata beliau bimbang pandangan Encik Abe menandakan langkah mundur ke zaman ketenteraan Jepun sebelum Perang Dunia Kedua.
Mendiang Abe ditembak mati seorang lelaki bersenjata pada Julai yang didakwa percaya bekas pemimpin itu mempunyai hubungan dengan Gereja Penyatuan.
Rancangan kerajaan bagi persemadian negara pada 27 September mencetuskan tentangan orang ramai terhadap Parti Liberal Demokratik, yang mentadbir Jepun hampir sepanjang tempoh selepas Perang Dunia Kedua. Parti tersebut diiktiraf berjaya memimpin negara itu mencapai kemajuan ekonomi.
Pendapat awam menunjukkan lebih setengah responden menentang diadakan persemadian negara. Awal minggu ini, seorang lelaki membakar dirinya berdekatan kediaman Perdana Menteri sebagai membantah rancangan tersebut.
Tunjuk perasaan dan perarakan menentang persemadian negara itu berlaku di seluruh negara, menarik ratusan orang.
Upacara persemadian negara secara sejarah dikhaskan untuk Maharaja.
Keputusan mengadakannya untuk mendiang Abe dibuat Kabinet dan tidak melalui kelulusan Parlimen dengan beberapa kumpulan peguam mencabar kesahihannya.
Kos rasmi persemadian tersebut berjumlah sekitar 1.7 bilion yen (S$16.9 juta). Namun menurut pakar jumlah tersebut tidak termasuk kos tersembunyi seperti khidmat keselamatan.
Beberapa ahli politik termasuk Anggota Parlimen parti yang memerintah, Seiichiro Murakami, seorang bekas menteri Kabinet mengumumkan tidak menghadiri upacara itu, sambil berkata ia gagal mendapat sokongan orang ramai.

Sumber : AP/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.