Ratusan bantah dasar baru Indonesia sekat khidmat kereta sewa
Di Indonesia, beratus-ratus pemandu kereta sewa berhimpun untuk mengadakan satu tunjuk perasaan di hadapan istana presiden hari ini (29 Jan).

(Gambar: BAY ISMOYO / AFP)
INDONESIA: Di Indonesia, beratus-ratus pemandu kereta sewa berhimpun untuk mengadakan satu tunjuk perasaan di hadapan istana presiden hari ini (29 Jan).
Para pemandu membantah dasar-dasar baru yang menyekat tempahan khidmat kereta sewa yang menggunakan aplikasi telefon bijak.
Di bawah dasar baru itu, para pemandu perlu mendapatkan lesen memandu pengangkutan awam, serta menjalani kursus secara berkala sebelum dibenarkan melanjutkan tempoh sah lesen mereka.
Pemandu perlu menampal pelekat pada kereta mereka, untuk menandakan syarikat yang diwakili, dan hanya dibenarkan menawarkan perkhidmatan di kawasan-kawasan tertentu.
Para pemandu mengadu bahawa dasar-dasar itu tidak adil dan mencabul hak asasi mereka.
Mereka mengatakan bahawa dengan menampal pelekat, ia akan menjejas nilai kereta mereka pada saat ingin menjualnya, akibat kesan cat yang luntur.
Para pemandu juga berpendapat bahawa dasar yang diperkenalkan itu tidak membantu mempertingkatkan daya saing antara teksi konvensional, malah menyukarkan lagi untuk mereka mencari nafkah.
Dasar-dasar baru tersebut akan dikuatkuasakan mulai Khamis ini (1 Feb).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.