Skip to main content

Dunia

Ratusan bangunan sekolah Britain mungkin reput & tidak selamat

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan bangunan sekolah Britain mungkin reput & tidak selamat

Gambar: Jacob King/PA menerusi AP

Diterbitkan : 04 Sep 2023 09:53PM Dikemas Kini : 04 Sep 2023 11:50PM
LONDON: Ratusan lagi bangunan sekolah di Britain mungkin reput dan tidak selamat, kata Menteri Pendidikan Gillian Keegan hari ini (4 Sep).

Awal dari itu pihak berkuasa mengarahkan 104 buah sekolah ditutup kerana masalah konkrit yang lama dan lemah.

Pendedahan tersebut dibuat hanya beberapa hari sebelum penggal baru persekolahan bakal dimulakan.

Ini sebaliknya menimbulkan kemarahan para ibu bapa dan guru serta menimbulkan masalah baru bagi Perdana Menteri Rishi, menjelang pilihan raya tahun hadapan.

Masalah tersebut menonjolkan prasarana awam Britain yang semakin buruk. Setiausaha Pendidikan Keegan berkata pihaknya masih menantikan laporan daripada sekitar 1,500 sekolah di England di mana konkrit ringgan RAAC telah digunakan dalam pembinaan semasa tahun-tahun 1960-an dan 1980-an tetapi kini didapati lemah dan tidak selamat.

Cik Keegan memberitahu BBC Radio, sekolah-sekolah yang disyaki menggunakan konkrit RAAC akan diperiksa dalam tempoh dua minggu akan datang.

Ditanya jika ratusan lagi sekolah Britain yang akan terjejas, Cik Keegan mengakui "mungkin ratusan lagi terjejas".

PM Sunak sementara itu berkata 95 peratus daripada sekitar 22,000 sekolah di England mungkin terjejas.

"Dalam banyak kes, isu ini mungkin terhad kepada satu bilik darjah misalnya," PM Sunak memberitahu para wartawan hari ini.

Memburukkan lagi keadaan, seorang mantan pegawai kanan kerajaan Britain dalam jabatan pendidikan berkata PM Sunak yang pernah menjadi menteri kawangan, sebelum ini telah mengurangkan dana tahunan untuk memperbaiki sekolah-sekolah sebanyak separuh ketika para pegawai kerajaan meminta dana tersebut digandakan.

Malah, mantan Setiausaha Tetap Britain Jonathan Slater memberitahu BBC Radio, mereka pernah mengatakan terdapat risiko kepada kehidupan jika program membaiki sekolah itu tidak diluluskan dananya.

Ditanya jika beliau sepatutnya dipersalahkan, PM Sunak berkata adalah tidak benar dan pendanaan tersebut diputuskan sejajar dengan keputusan yang dibuat 10 tahun sebelumnya.
Sumber : AGENCIES/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita