Ratu Margrethe II bagi Denmark umum secara mengejut hasrat turun takhta
Anggaran Waktu Membaca:
Ratu Margrethe II bagi Denmark. (Gambar: AP)
COPENHAGEN: Ratu Margrethe II bagi Denmark telah mengumumkan hasratnya untuk turun takhta semasa ucapan malam Tahun Baharu pada Ahad (31 Dis).
Pengumuman mengejutkan itu dibuat semasa ucapan Malam Tahun Baharu yang disampaikan Ratu Margrethe setiap tahun dan ditonton oleh 5.9 juta rakyat negaranya.
Sambil merujuk kepada pembedahan yang dilakukan di bahagian belakangnya pada Februari lalu, beliau berkata, "Pembedahan itu secara tidak langsung mendorong untuk berfikir tentang masa depan - sama ada sudah tiba masanya untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada generasi seterusnya".
Ratu Margrethe yang berusia 83 tahun itu berkata beliau akan berundur secara rasmi pada 14 Januari nanti setelah 52 tahun menduduki takhta.
Beliau naik takhta pada tahun 1972, setelah kematian bapanya, Raja Frederik ke-9.
Menurut laporan itu, pengunduran dirinya sekali gus membuka peluang bagi anak sulungnya, Putera Mahkota Frederik, 55 tahun, untuk menjadi raja Denmark.

Sumber : AGENCIES/SE/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.