Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratu Elizabeth iktiraf Khidmat Kesihatan Britain dengan anugerah tertinggi

Ratu Elizabeth menganugerahi George Cross kepada Khidmat Kesihatan Nasional Britain (NHS), iaitu anugerah tertinggi bagi mengiktiraf keberanian orang awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Ratu Elizabeth iktiraf Khidmat Kesihatan Britain dengan anugerah tertinggi

Seorang lelaki berjalan lalu sebuah karya seni mengiktiraf kakitangan NHS. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 05 Jul 2021 08:55AM Dikemas Kini : 05 Jul 2021 08:59AM

LONDON: Ratu Elizabeth menganugerahi George Cross kepada Khidmat Kesihatan Nasional Britain (NHS), iaitu anugerah tertinggi bagi mengiktiraf keberanian orang awam.

Ia diberikan demi menghargai khidmat NHS sepanjang 73 tahun termasuk sepanjang pandemik COVID-19.

Penghargaan itu secara keseluruhan pernah diberikan hanya dua kali sebelum ini dan hanya sekali oleh Ratu Elizabeth.

Perdana Menteri Boris Johnson berkata anugerah itu tanda penghargaan seluruh negara.

"Kakitangan NHS sudah berada di barisan hadapan menjaga kami dan teman-teman serta anggota keluarga kami sepanjang pandemik lebih setahun dan saya sendiri dapat menyaksikan keberanian mereka," kata PM Johnson yang pernah dirawat oleh NHS di unit rawatan rapi selepas dijangkiti COVID-19 tahun lalu.

"Saya yakin seluruh Britain bersama saya dalam memberi penghormatan dan mengucapkan terima kasih atas segala yang dilakukan NHS untuk kami, bukan saja sepanjang tempoh tahun lalu tapi sejak ia ditubuhkan."

NHS ditubuhkan pada 1948 sebagai tunjang perubahan sosial menyusuli Perang Dunia Kedua, dengan misi menyediakan sistem jagaan kesihatan menyeluruh yang dibiayai negara.

Ketua Eksekutif NHS Simon Stevens berkata anugerah itu mengiktiraf kemahiran, sifat belas ihsan dan ketabahan kakitangan NHS dalam tindak balasnya terhadap pandemik paling teruk dalam abad ini.

"Detik-detik hitam itu sudah menzahirkan apakah erti sebenar menjadi penjaga dan karyawan kesihatan," kata beliau.

"Dalam menghadapi kesusahan kami menyaksikan kerjasama berpasukan yang luar biasa, bukan saja dalam kalangan NHS tetapi juga melibatkan ratusan ribu sukarelawan, jutaan penjaga, pekerja-pekerja utama serta orang awam di Britain yang memainkan peranan penting dalam membantu khidmat jagaan kesihatan menjaga ratusan ribu pesakit yang teruk dijangkiti koronavirus."  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan