Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratu Elizabeth II pecah pelbagai rekod sepanjang lebih 70 tahun bertakhta

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Ratu Elizabeth II mencatat beberapa detik bersejarah dalam tempoh 70 tahun beliau bertakhta.

Ini selain memecahkan rekod menjadi ketua DiRaja paling lama dalam sejarah Britain.

Rekod sebelum ini dipegang ibu moyang beliau, Ratu Victoria, yang bertakhta melebihi 63 tahun sehingga 1901.
Pada usia 96 tahun ini, Ratu Elizabeth bukan saja pemimpin DiRaja paling tua di dunia tetapi juga ketua negara tertua di dunia.

Hanya dua raja yang memegang takhta lebih lama daripada beliau iaitu Raja Louis XIV (keempat belas) dari Perancis iaitu lebih 72 tahun dan Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand sekitar 70 tahun empat bulan.

Selain itu, Ratu Elizbeth juga pemimpin DiRaja Britain yang paling banyak buat lawatan iaitu melebihi 100 buah negara dan lebih 150 kunjungan ke negara-negara Komanwel.

Secara keseluruhan, 14 Perdana Menteri Britain sudah berkhidmat di bawah beliau dan Ratu Elizabeth II sudah bertemu dengan 13 daripada 14 Presiden Amerika Syarikat sebelum ini.

Satu lagi rekod dicatatkan Ratu Elizabeth II adalah perkahwinan beliau selama 73 tahun bersama Raja Philip adalah yang paling lama dalam kesemua keluarga DiRaja Britain.
Sumber : Agensi berita/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan