Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratu Elizabeth II masih aktif tabur jasa kepada Britain & rakyatnya

Anggaran Waktu Membaca:
Ratu Elizabeth II masih aktif tabur jasa kepada Britain & rakyatnya

Gambar: Daniel LEAL / AFP

Diterbitkan : 03 Jun 2022 07:12PM Dikemas Kini : 03 Jun 2022 07:19PM

LONDON: Selepas tujuh dekad bertakhta, Ratu Elizabeth II masih giat berkhidmat kepada negaranya. 

Beliau dianggap sebagai seorang tokoh yang amat dihormati dan disayangi oleh para penyokong tegar kerabat Diraja Britain. 

Perhatian kini juga tertumpu kepada para anggota kerabat Diraja yang lain. 

Cucunya Putera William dan isteri beliau Catherine, Duchess of Cambridge memainkan peranan lebih penting.

Berikut adalah antara cabaran-cabaran yang dihadapi Ratu Elizabeth sepanjang tempoh beliau bertakhta.

Tahun 1990an merupakan masa mencabar bagi keluarga Diraja Britain, dengan perkahwinan antara Putera Charles dengan Puteri Diana berakhir dalam perceraian, serta
kematian puteri itu tidak lama kemudian. 

Sehingga sekarang, pemerintahan beraja Britain masih bergelut untuk menjauhkan diri daripada skandal.

Ini termasuk tuntutan penderaan seksual yang difailkan terhadap anak lelaki kedua Ratu Elizabeth II, Putera Andrew
serta keputusan cucunya, Putera Harry, dan isteri beliau untuk melepaskan tugas Diraja dan berpindah ke California, Amerika Syarikat. 

Sungguhpun demikian, populariti Ratu Elizabeth dalam kalangan umum masih tinggi. 

Tahun lalu, Ratu Elizabeth kehilangan suaminya selama 73 tahun apabila Putera Philip meninggal dunia pada usia 99 tahun.

Sejak itu, keadaan kesihatan Ratu Elizabeth menjadi tumpuan ramai. 

Baru-baru ini, Ratu Elizabeth tidak dapat menghadiri istiadat pembukaan Parlimen.

Beliau sebaliknya meminta pewaris takhta, Putera Charles, untuk mewakilinya. 

Meskipun sokongan bagi Putera Charles agak berkurangan, namun para pengulas mengatakan kehadiran keluarga Diraja menawarkan kestabilan di tengah-tengah perubahan yang berlaku di dunia.

Sumber : Agensi berita/AI/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan